Input your search keywords and press Enter.

Bayaran levi AP RM10,000 membebankan

Pengerusi syarikat import kenderaan mewah terpakai DTC Motors Sdn Bhd Datuk Haron Tamby Cik menyatakan bahawa pengusaha kenderaan import terpakai yang memiliki AP dibelenggu dengan masalah bayaran levi berjumlah RM10,000 yang dikenakan diatas mereka. Selain itu pemilik AP terpaksa menanggung duti kastam 200% dan jumlah ini adalah yang kedua tertinggi di dunia.

Dalam pertumbuhan ekonomi negara yang tidak menunjukkan perbezaan ketara dari segi margin keuntungan sepanjang tahun lepas, pengimport kenderaan mewah terpakai yang memiliki permit import (AP) berharap kerajaan menurunkan bayaran levi sehingga 50%.

Pengerusi syarikat DTC Sdn Bhd itu meminta agar kerajaan mempertimbangkan dengan sewajarnya untuk mengurangkan levi AP yang dikenakan selama ini sehingga 50% kerana syarikat-syarikat yang mengendalikan perniagaan kenderaan import mewah terpakai sememangnya dibebani dengan kadar levi yang dikenakan. Tambahan pula kos operasi syarikat dan gaji kakitangan juga semakin meningkat dan itu semestinya membebankan pemilik syarikat penjualan kenderaan mewah import terpakai.

Leave a Reply