Input your search keywords and press Enter.

TNB perkenalkan arang batu campuran untuk penjanaan elektrik

Tenaga Nasional Bhd (TNB) memperkenalkan arang batu campuran di stesen janakuasanya Lumut, Perak, sebagai sebahagian usaha berterusan dalam memastikan bekalan arang batu mampan bagi penjanaan elektrik.

Stesen janakuasa itu menerima penghantaran pertama arang batu campuran itu pada 31 Disember 2018, di Lekir Bulk Terminal (LBT) yang berhampiran, milik Integrax Bhd, anak syarikat milik penuh TNB.

Arang batu itu diimport daripada Indonesia oleh sebuah lagi anak syarikat milik penuh, TNB Fuel Services Sdn Bhd, yang membekalkan bahan api dan arang batu bagi stesen-stesen janakuasa dalam negara

Pengenalan arang batu campuran yang menjana 20% sumber elektrik bagi Semenanjung Malaysia akan membantu mengukuhkan kelestarian pembekalan arang batu di masa depan.

Selain itu, ia juga selaras dengan kehendak semasa dalam kalangan sektor utiliti yang menggunakan arang batu campuran untuk memastikan bekalan bahan bakar itu dapat memenuhi keperluan penjanaan tenaga elektrik

TNB Janamanjung Sdn Bhd, operator Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah juga melaksanakan kajian pembakaran dan analisis makmal untuk memastikan arang batu campuran itu memenuhi piawaian pengeluaran asap ditetapkan sebelum sumber itu digunakan.

Leave a Reply