Input your search keywords and press Enter.

Blackburn cemaskan Newscastle

M Update, 16/1/2019-Newcastle berdepan detik cemas di Blackburn apabila mensia-siakan dua gol awal sebelum kembali bangkit melakar kemenangan 4-2 selepas masa tambahan pada pusingan ketiga Piala FA, awal pagi tadi.

Rafael Benitez membariskan pasukan kedua yang menyaksikan lapan pertukaran berbanding ketika tewas 1-2 di Chelsea pada saingan Liga Perdana, Sabtu lalu.

Sean Longstaff menyumbang gol pertama Newcastle seawal minit pertama selepas melakukan rembatan dari luar kotak penalti.Callum Roberts yang melakukan penampilan pertama Newcastle sejak Januari 2015, menambah gol kedua minit ke-22 yang juga gol pertamanya untuk kelab itu.

Bagaimanapun, Blackburn merapatkan jurang 12 minit sebelum berakhir separuh masa pertama menerusi bekas penyerang Newcastle, Adam Armstrong.Penyerang antarabangsa Ireland, Darragh Lenihan menyamakan kedudukan untuk Blackburn menerusi tandukan pada masa kecederaan sebelum berakhir babak pertama.

Perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan yang menyaksikan Joselu menambah gol ketiga Newcastle minit ke-105 sebelum Ayoze Perez melengkapkan kemenangan Newcastle seminit kemudian.“Kami mendahului 2-0 dan kemudian Blackburn beraksi dengan baik. Kami bertindak balas selepas itu dan saya cukup berbangga dengan kesungguhan serta komitmen setiap pemain,” kata Benitez. – AFP

Leave a Reply