Input your search keywords and press Enter.

Guna Jalan Alternatif Sempena Thaipusam

M Update, 16/1/2019 – Beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat sempena perarakan sambutan Thaipusam pada 19 Januari hingga 23 Januari ini.

Penutupan untuk perarakan kereta sami ke Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves bermula dari jam 10 malam sehingga jam 2 petang, 20 Januari ini (Ahad). Perarakan bermula dari kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H S Lee ke kuil Sri Subramaniar, Batu Caves.

Laluan yang terlibat ialah Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lok, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh Batu 5, Jalan Kuching dan Bulatan Batu Caves.

Penutupan akan dilakukan secara berperingkat mengikut pergerakan kumpulan terbabit dan akan dibuka semula selepas perarakan selesai.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply