Input your search keywords and press Enter.

RUU Bahan Khayal Akan Digubal

M Update, 17/1/2019 – Sejak akhir-akhir ini gejala ketagihan gam menjadi masalah sosial yang meruncing apabila ia melibatkan kanak-kanak seawal usia 10 tahun yang akhirnya memberi kesan buruk kepada kesihatan mereka.

Bahan khayal termasuk (ubat-ubatan) psikotropik dan gam tidak dikategorikan sebagai bahan haram, tetapi anda boleh membuat campurannya dan menjadi khayal. Ia sebenarnya memberi kesan kepada otak terutamanya kepada golongan muda.

Rang Undang-undang mengenai bahan khayal akan digubal bagi menangani penyalahgunaan bahan seperti gam dan ubat-ubatan psikotropik dalam kalangan remaja – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Adakah rang undang-undang itu akan turut memasukkan hukuman bagi pesalah?? Sama-samalah kita tunggu kerana buat masa ini ia masih dalam peringkat draf.

Sumber : Bernama

Leave a Reply