Input your search keywords and press Enter.

AJARAN BAHA’I DAN PENGASASNYA

Ajaran Bahaiyyah atau juga disebut Babiyyah merupakan ajaran kebatinan campuran dari Islam, Yahudi, Nasrani, Buddha, Zoroaster dan kebatinan. Ajaran ini telah disepakati oleh para ulama bahawa sudah keluar dari Islam. Ajaran ini muncul di Iran pada awal abad 19 yang bersumberkan dari ajaran Syiah yang mengangungkan imam-imam mereka, kononya imam-imam mereka telah  mendapat wahyu, bahawa Nabi Muhammad S.A.W  bukan penutup para nabi. Ajaran Bahaiyyah diambil dari orang Yahudi, sebagaimana kita tahu bahawa Yahudi menyusup ke dalam barisan Syiah semenjak ajaran ini muncul. Ajaran ini dengan tegas membela dan mencintai Ahlul Bait tetapi ingin menghancurkan Islam dari dalam.

Ajaran Bahaiyyah dipelopori oleh seorang yang bernama Ahmad Al-Ahsai yang asalnya adalah seorang Yahudi Inggeris yang tinggal di Iran. Lalu dikembangkan oleh Ali Muhammad atau Muhammad Ali As-Syirazi, yang sebenarnya termasuk dalam golongan Syiah Imam Dua Belas, lalu keluar dan membentuk mazhab sendiri dan mengaku sebagai Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Beliau kemudianya mengaku bahawa Allah telah bersatu dengan dirinya sehingga dia menjadi Tuhan Maha Suci dari kedustaan yang dibuatnya.

Mirza Ali Muhammad yang diberi gelaran Baba (Bapa) memulakan dakwahnya pada tahun  1260 H (1844 M) di Syiraz iaitu Selatan Iran, yang kononya untuk memperbaiki keadaan  masyarakat pada ketika itu. Beliau kemudiannya mengaku menjadi utusan Allah dan membawa kitabnya Al-Bayan yang kononnya terdapat syariat yang diturunkan Allah S.W.T. beliau juga mengakui bahawa kerasulannya menghapus syariat Islam, dan membuat hukum-hukum baru bagi pengikutnya yang bertentangan dengan Islam seperti puasa hanya 19 hari dan menjadikan waktu istirahat yang disebut Hari Raya Nauruz.

Pengasas ajaran ini telah membuat satu muktamar di Badats di Iran tahun 1264 H (1848 M) menjelaskan tentang akidah kelompok ini dan  mengumumkan keluarnya ia dari Islam. Ajaran ini banyak ditentang ulama, bahkan mereka dikafirkan, namun setelah perang antara mereka dan kaum muslimin dia berjaya dikalahkan dan dihukum salib pada tahun 1265 H. Ajaran ini lebih sesat dari Qadiyani Mirza Ghulam Ahamd kerana juga mengingkari hari kiamat, syurga dan neraka dan menyerupai ajaran Brahmana dan Buddha, menggabungkan antara Yahudi, Nasrani dan Islam, yang mana ia telah menghapuskan perbezaan semua agama atau lebih dikenal sekarang dengan istilah Wihdatul Adyan.

Penganut ajaran ini telah melaksanakan haji ke UKA di Palestin, dimana markas mereka masih disana sampai sekarang sehingga dijadikan sebagai kiblat dimana Baha atau khalifah mereka berada. Ajaran Bahaiyyah memiliki kitab sendiri yang disebut Al-Bayan dengan mengatakan bahawa kitab ini menghapus Al-Quran dan mengaku bahawa ianya telah tercatat di dalam Al-Quran .

CIRI-CIRI KESESATAN AJARAN BAHAI.

Dalam setiap ajaran sesat itu pasti ada sesuatu kesesatan atau perkara yang bercanggah dengan akidah Islam dan pandangan Alhi Sunnah Waljamaah. Di antara kesesatan yang berlaku dalam ajaran bahai ialah:

a)  Beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.

b)  Beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran  Bahai.

c)  Beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa (kekal).

d)  Beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansuhkan semua kitab samawi.

e)  Beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib.

f) Mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut.

g) Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka.

h)Memansuhkan agama Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *