Input your search keywords and press Enter.

KEGIATAN SUBVERSIF PKM


PKM melancarkan serangan melalui pasukan gerila yang diketuai pegawai khas. Diperingkat pusat, pegawai ini mengarahkan pasukan gerila daerah yang kemudian mengarahkan pegawai gerila di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat mukim. Setiap pasukan gerila dibahagikan kepada unit-unit kecil untuk menjalankan kegiatan subversif kumpulan gerila menjadi anggota utama dalam pasukan bertindak PKM yang dikenali sebagai Malayan Races Liberation Army (MRLA). Pasukan bertindak ini bertanggungjawab melakukan serangan bersenjata. MRLA bekerjasama rapat dengan Min Yuen, iaitu orang awam Cina yang dirahkan untuk mengumpulkan maklumat penting, menyediakan bekalan ubat, menyebarkan risalah komunis, mencari bantuan kewangan dan megambil rekrut baru.

Menjelang pengisyhtiharan darurat, kempen keganasan PKM tersebar dengan luas. Pasukan gerila komunis menjalankan kegiatan di kawasan ladang getah dan lombong bijih timah di persisiran hutan belantara. Ini bertujuan untuk membangkitkan ketakutan, kegelisahan dan perasaan tidak puas hati rakyat kepada pihak kerajaan

Kejayaan terbesar PKM ialah peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dalam satu serangan hendap yang dilakukan di bukit Fraser pada 6 Oktober 1951. Walaubagaimanapun, kejayaan PKM tidak berpanjangan akibat langkah-langkah kerajaan menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan, kedudukan PKM semakin lemah dan jumlah anggotanya semakin merosot. Pada tahun1952, PKM memindahkan markasnya di Bentong, Pahang ke Bentong di Selatan Negara Thai. PKM juga mula mengatur strategi lain untuk meneruskan perjuangan bagi mencapai cita-cita politiknya.

Leave a Reply