Input your search keywords and press Enter.

Proton Perdana Diseru Oleh Pengeluarnya

Honda Motor Company baru-baru ini mengumumkan panggilan balik Honda Accord untuk menggantikan inflator beg udara penumpangpembuat kereta itu berkata, notis mengenainya akan dihantar kepada pemilik yang terlibat.

Oleh demikian, Proton Holdings Bhd memanggil semula semua kereta Proton Perdana generasi semasa sebanyak 6,432 untuk menggantikan inflator beg udara bahagian penumpang sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan model Proton Perdana itu berasaskan Honda Accord. Proton Perdana yang terlibat dalam penggantian inflator ialah Proton Perdana yang dibuat sehingga Ogos 2012. Ini kerana Proton Perdana yang dibuat selepas 31 Ogos 2018 tidak terjejas.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Dadzaif Mohamed menyatakan semua pemilik Proton Perdana akan dimaklumkan dan dinasihatkan untuk menghubungi pusat servis kami untuk membuat janji temu bagi menggantikan inflator beg udara kereta masing-masing. Penggantian inflator akan mengambil masa kira-kira sejam, tanpa bayaran,”

Khidmat penggantian itu merupakan sebahagian daripada inisiatif global untuk kereta yang menggunakan beg udara Takata dan semua tindakan adalah mengikut Laporan Maklumat Kerosakan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Lebuh Raya Nasional Amerika yang menetapkan infaltor beg udara penumpang itu diganti.

Sumber-Bernama

Leave a Reply