Input your search keywords and press Enter.

ANCAMAN MILITAN AGAMA DI MALAYSIA

Pada era 1980 sehingga pra Daesh menyaksikan Malaysia menghadapi ancaman sebahagian rakyat menyertai perang dan latihan di Afghanistan, Pakistan, yang membawa pulang ‘semangat jihad’ ke tanah air dan mereka terpengaruh dengan fahaman Salafi Jihadi hingga menubuhkan kumpulan radikal seperti Jamaah Islamiyyah (JI), Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM), Darul Islam (DI), al-Qaeda Asia Tenggara dan Darul Islam Sabah.

Kedapatan kes pelajar Malaysia yang pernah terlibat dengan kumpulan militan semasa menuntut di Pakistan selain pihak kerajaan pernah mengusir  pengganas Tamil Eelam dari Sri Lanka dan pengganas Sikh dari India yang bertapak di Malaysia serta sebilangan pengganas dari pelbagai negara lain.

KEWUJUDAN PELBAGAI SEL RADIKAL

Era Daesh kini menyaksikan pelbagai sel radikal ditubuhkan di Malaysia, sama ada berkaitan Daesh atau kumpulan berinspirasikan daripada perkembangan di Iraq-Syria, tetapi mempunyai jaringan dan ideologi tidak jauh berbeza (Salafi Jihadi) dengan al-Qaeda, JI, KMM, DI, Abu Sayyaf, Jabhat al-Nusra dan Daesh seperti Tanzim al-Qaeda Malaysia, Revolusi Islam, Briged Khalid Al-Walid, Darul Islam Malizia, Briged Daulah Islamiah, Arakan Daulah Islamiah, Kumpulan Fisabilillah, dan Daulah Islamiah Malaysia.

Berbanding taktik lama menggunakan usrah dan perjumpaan sulit, ancaman kini lebih canggih dan sukar dikesan kerana menggunakan platform Telegram, WhasApp, Facebook, Messenger dan pelbagai teknologi terkini.

Berbanding dahulunya mendapatkan kewangan daripada gaji, rayuan derma, dan ‘projek palsu’, kaedah kini lebih mengelirukan dengan menggunakan NGO luar negara, program bantuan kemanusiaan, transaksi Western Union dan Sistem Hawala yang pantas, tiada rekod dan sukar dikesan.

PENTINGNYA BERWASPADA

Kita menyakini keupayaan agensi keselamatan negara dalam memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia masa kini. Namun, jika terjadi peristiwa besar yang mengganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam peringkat serantau seperti Perang Amerika Syarikat-China di Laut China Selatan atau Perang Nuklear, .

Ini berdasarkan kewujudan faktor kondusif seperti:

  • Kawasan perairan luas menyukarkan kawalan terhadap laluan penyeludupan pendatang, pengganas, barangan dan senjata.
  • Kewujudan ramai pendatang asing yang tiada kesetiaan kepada Malaysia, kesetiaan kemungkinan ‘boleh dibeli’ jika sesuatu perjuangan ‘berbaloi’ untuk disokong.
  • Berhampiran kepulauan selatan Filipina yang menjadi lokasi beberapa kumpulan militan selain rekod kewujudan kumpulan Darul Islam Sabah dan konflik bersenjata sebelumnya.
  • ‘Sentimen anti Semenanjung’ yang boleh dieksploitasi untuk perjuangan kumpulan radikal.
  • Bentuk muka bumi yang luas dan berbukit-bukau membolehkan kumpulan radikal bergerak secara sel senyap.
  • Jaringan pendatang-militan di mana militan ‘boleh dilindungi’ atas ikatan persaudaraan dan suku kaum.
  • Tahap sosio-ekonomi rendah memudahkan penduduk terdedah dengan fahaman berbahaya dan boleh ‘dibeli’ atau direkrut sebagai militan.
  • Tahap pendidikan rendah menyebabkan orang ramai sukar membezakan perjuangan yang betul dan salah.
  • Semangat kesukuan yang tinggi menjadikan perjuangan suku kaum lebih penting dan perpaduan masyarakat yang rapuh berbanding kepentingan mempertahankan negara.
  • Kemasukan dan penyebaran ‘fahaman berbahaya’ seperti Wahabi, Syiah dan ajaran sesat ke Sabah boleh memberikan justifikasi agama yang diperlukan untuk melancarkan jihad.

KESELAMATAN NEGARA PERLU DIPERKETATKAN

Berdasarkan sejarah lalu dan perkembangan semasa, ancaman kumpulan radikal dan pengganas di Malaysia berpotensi menjadi lebih buruk jika tiada penambahbaikan dilakukan.

Apatah lagi wujudnya faktor seperti individu berinspirasi menjadi radikal, ancaman ‘lone wolf’ yang sukar dijangkakan, mudahnya fahaman radikal tersebar, boleh diakses dan dianuti oleh sesiapa sahaja, keupayaan membuat senjata , ancaman militan Selatan Filipina, sel senyap di seluruh Indonesia yang berpotensi mengancam Malaysia, jaringan ekstremis rentas Asia Tenggara/dunia, kewujudan teknologi yang dimanfaatkan kumpulan radikal, kesan konflik Syria-Iraq yang dijangka berpanjangan serta penyebaran berterusan fahaman agama islam yang benar .

Leave a Reply