Input your search keywords and press Enter.

Malaysia Bakal Miliki Internet Terpantas di Asia Tenggara

M Update, 22/1/2-19 – Kita bakal memiliki perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi paling murah dan terpantas menerusi projek jalur lebar berkelajuan tinggi Gerbang Internet Antarabangsa Malaysia Yang Dipertingkat (EM-IIG).

Projek ini mengam mengambil masa lima tahun untuk disiapkan. Ia
membabitkan pemasangan kabel dasar laut dan daratan bernilai RM5.45 bilion di Malaysia menggunakan kabel gentian optik berkapasiti 150 terabait (TB).

Fasa pertama membabitkan pemasangan gentian optik sepanjang 33,000 km melalui bandar-bandar utama di negara ini manakala fasa kedua membabitkan laluan di kawasan luar bandar dan pedalaman termasuk di Sabah dan Sarawak.

Bagi fasa pertama, ia akan dibahagikan kepada dua segmen iaitu bagi segmen pertama akan menghubungkan akses dari Pengerang, Johor hingga ke Putrajaya sejauh kira-kira 450 kilometer (km) dan untuk yang kedua dari Putrajaya sehingga ke Bukit Kayu Hitam, Kedah sejauh 600 km.

Kerja pemasangan untuk segmen pertama akan bermula selepas Tahun Baru Cina dan dijangka siap pada November tahun ini dan segmen kedua pada bulan April ini dan dijangka siap pada awal tahun depan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply