Input your search keywords and press Enter.

SUNNY CHAI (GENG M-16)

Sunny chai merupakan ketua kepada salah satu kumpulan rompakan yang berbahaya iaitu Geng M-16.Kumpulan rompakan ini bergiat aktif pada awal tahun 2000 dan ahli-ahli kumpulan ini hanya terdiri daripada mereka yang berumur sekitar 40-an.Senjata yang digunakan untuk membuat jenayah ini adalah senapang M-16.

Mereka gemar merompak kedai-kedai emas tetapi sukar untuk mengenal pasti identiti ahli kumpulan ini disebabkan kumpulan  penjenayah  ini memakai topeng semasa merompak tetapi pihak Polis sudah mengetahui identiti ketua kumpulan mereka iaitu Sunny Chai.Mereka yang mengenali Sunny Chai mungkin terkejut dengan rahsia sebenarnya kerana Sunny Chai ini bijak dalam penyamarannya bila berhadapan dengan orang ramai.

Sunny Chai yang bersembunyi di sebalik kerjaya siang harinya iaitu seorang ahli usahawan dan dia juga sangat rapat dengan ahli politik dan Pegawai Polis sendiri menyebabkan ramai juga yang tertipu.Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk melakukan rompakan di siang hari namun pada waktu malam dia hanya berlakon seperti tiada apa yang berlaku.

Sunny Chai ini juga merupakan pemilik kedai emas ,restoran,aksesori kereta,kedai tayar,snuker dan bisnes servis penghawa dingin.Ramai yang membeli emas daripada kedainya sebenarnya hasil rompakan.Sunny Chai juga pernah menjemput Timbalan Menteri untuk merasmikan kedainya dan ini menunjukkan betapa liciknya dia menyamar.

Sunny Chai mempunyai seorang orang kanan yang sangat dipercayai iaitu Elvis tetapi ternyata Elvis ini belot terhadapnya.Disebabkan telalu tamak,dia melakukan silap besar apabila dia mula terlibat dalam perculikan selain mula memeras ugut hartawan-hartawan.Ini menyebabkan kumpulan ini terdedah dan disyaki pihak Polis.Ini menyebabkan berlaku pergaduhan dalam organisasi mereka .

Pada tahun 2002,berlaku pergaduhan antara Sunny Chai dan Elvis menyebabkan mereka berdua berpisah dan membawa haluan masing masing.Pada Disember 2002,Sunny Chai cuba melarikan diri daripada polis ketika membawa kereta Proton Waja miliknya dan melanggar kereta pihak Polis yang mengejarnya.

Disebabkan keretanya hilang kawalan ,pelanggaran tersebut membawa padah kepada dirinya kerana berlaku pertempuran tembak menembak.Akhirnya Sunny Chai dan seorang ahli kumpulannya berjaya ditembak mati oleh pihak Polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *