Input your search keywords and press Enter.

TEKNOLOGI 5G ‘MUNGKIN’ SATU ANCAMAN

M-Update,22/1/2019.KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin, berkata wujud alasan yang kukuh untuk ‘takut’ dengan teknologi 5G itu, yang dikhuatiri menjadi instrumen kegiatan pengintipan siber oleh China.

Teknologi generasi kelima (5G) yang diusahakan oleh China telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan negara barat. “Kemampuan China dalam teknologi dan penguasaan ekonomi seperti dalam rangka ‘Made In China 2025’ bagi keutuhan teknologi 5G mereka, mendorong Amerika Syarikat (AS) membuat tuduhan mengenai kecurian harta intelek serta manipulasi syarikat teknologi untuk kepentingan sesebuah negara.

“Hakikatnya, memang wujud alasan yang kukuh untuk takut pada kebangkitan pesat teknologi 5G oleh China. Hari ini, kita berdepan dengan pencerobohan kedaulatan digital, di samping kedaulatan sempadan negara. “Maklumat ini (yang berisiko dicuri) bukan saja mengenai perkara yang kita kongsi secara sedar, tetapi membabitkan semua seperti apa yang kita buat, ke mana kita pergi, apa yang kita beli dan yang kita perkatakan, semuanya boleh ‘dicuri’ daripada gajet kita.

“Apakah keselamatan, pertahanan, privasi dan implikasi strategik hasil daripada penguasaan China dalam bidang ini,” katanya ketika berucap pada Program Dialog Perwira di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan berkata kerajaan akan mengkaji sama ada Huawei perlu dihalang daripada membina infrastruktur 5G di Malaysia, susulan dakwaan kegiatan pengintipan siber dilakukan syarikat telekomunikasi gergasi China itu.

sumber:BHarian

Leave a Reply