Input your search keywords and press Enter.

China Kekal Rakan Dagang TERBESAR Negara

Bagi tempoh Januari hingga November 2018. Perdagangan Malaysia secara keseluruhan meningkat 6.2% berbanding tempoh yang sama pada 2017, menyumbang 6.9% pertumbuhan kepada eksport dan 5.3% kepada import negara. Dalam masa yang sama perdagangan keseluruhan Malaysia-China meningkat 8.5% dengan pertumbuhan 11.3% bagi eksport dan 6.3% dalam import.

Walaupun keadaan semasa diselubungi perang dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, perdagangan antara Malaysia dan China akan terus berkembang pada kadar lebih tinggi berbanding rakan dagang lain. Selain itu, Malaysia bersedia untuk menarik lebih banyak pelaburan adan manfasst daripada penggantian import susulan kesan perang dagangan AS-China kerana terdapat 300 daripada 500 syarikat China utama yang disenaraikan dalam Fortune Magazine masih belum melakukan pelaburan ke dalam Malaysia.

 Sumber – Bernama

Leave a Reply