Input your search keywords and press Enter.

Kejam: Israel Guna Kereta Kebal Bunuh Rakyat Palestin

Mahmoud Al-Abed Al-Nabahin, 24 tahun terbunuh dalam serangan pasukan tentera Israel.

M Update, 24/1/2019 – Rejim Zionis menyerang kedudukan Hamas di Semenanjung Gaza sehari selepas ketegangan di sempadan yang menyaksikan seorang pejuang terkorban dan seorang tentera Israel cedera, serta menjejaskan pemindahan bantuan.

Kejadian menunjukkan peningkatan ketegangan selepas tenang beberapa minggu susulan perjanjian gencatan senjata tidak rasmi antara Israel dan Hamas, yang mentadbir wilayah itu.

Pegawai Israel berkata, pemindahan wang tunai dari Qatar ke Gaza menerusi Israel adalah sebahagian perjanjian yang tidak dapat dilakukan semalam berikutan keganasan.

“Dalam kejadian berbalas tembakan pertama, kereta kebal Israel membedil dua pusat pemantauan Hamas di utara Semenanjung Gaza selepas tembakan dilepaskan ke arah askarnya berhampiran pagar sempadan,” kata pegawai kedua-dua pihak.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Lewat hari sama, kereta kebal rejim membunuh seorang pejuang Hamas di sepanjang sempadan di tengah Gaza kerana bertindak balas kepada tembakan yang mencederakan seorang anggotanya.

Mahmoud Al-Nabaheen, 24, terkorban berikutan bedilan kereta kebal manakala empat pejuang lagi cedera, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza.

Hamas mengesahkan beliau adalah anggota Briged al-Qassam.

Sumber: AFP, Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *