Input your search keywords and press Enter.

Melampau: Pengikut Trump Bom Masjid

M Update, 25/1/2019 – Dua lelaki mengaku bersalah mengebom sebuah masjid di pinggir Minneapolis bertujuan menakut-nakutkan penduduk Islam Amerika Syarikat (AS) untuk meninggalkan negara itu.

Michael McWhorter, 29, dan Joe Morris, 23, membuat pengakuan itu pada Khamis atas tuduhan itu selain dua cubaan merompak, rompakan bersenjata, dan cubaan memeras ugut syarikat kereta api.

Polis berkata kedua-dua lelaki itu adalah anggota militia White Rabbits yang pro-Donald Trump, pemimpin AS itu kini berusaha keras mahu membina tembok di sepanjang sempadan AS-Mexico bagi menghalang kemasukan warga asing ke negara Uncle Sam itu.

Dalam pengakuannya, McWhorter berkata kumpulannya mengebom Pusat Islam Dar Al-Farooq pada Ogos 2017 sebagai mesej ‘anda tidak dialu-alukan di sini’.

Tiada siapa cedera dalam pengeboman yang merosakkan pejabat imam masjid berkenaan, media tempatan melaporkan.

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply