Input your search keywords and press Enter.

Potongan Mayat Dalam Tandas

M Update, 25/1/2019 – Seorang lelaki di India didakwa membunuh dan mengerat tubuh rakannya sebelum mengepam potongan mayat ke dalam tandas.

Perbuatan jenayah itu terbongkar selepas penduduk di kompleks apartmen Bachraj Paradise Society di Mumbai menjumpai cebisan daging menyekat longkang premis tersebut dalam kejadian pada Khamis.

“Kami turut menemui dua jari yang membuktikan ia adalah milik manusia,” kata jurucakap polis.

Selepas mengesan bau busuk itu, polis menyerbu salah sebuah unit flat dan menjumpai peralatan yang digunakan untuk mengerat tubuh mangsa.

“Kami mengenal pasti penyewa itu dan memperdaya lelaki tersebut untuk datang ke flat terbabit sebelum memberkasnya,” katanya lagi.

Suspek berusia 40 tahun itu mengaku membunuh rakannya selepas pertengkaran kecil tercetus di antara mereka.

Dia mengambil masa tiga hari untuk mengerat tubuh rakannya sebelum memasukkannya ke dalam beg dan dibuang di beberapa lokasi.

Sumber: Astro Awani

Leave a Reply