Input your search keywords and press Enter.

Qatar Tertarik Dengan Kereta Nasional ke-3

Susulan minat yang dinyatakan oleh negara Asia Barat terhadap idea pembangunan kkereta nasional ketiga yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, Qatar mungkin menjadi rakan strategic Malaysia dalam pembangunan kereta nasional ketiga malah bersedia mengadakan perbincangan terperinci mengenainya.

MITI berkata, selain projek kereta nasional ketiga, Malaysia juga membuka pintu jika Qatar ingin melabur dalam sektor automotif negara yang lain seperti komponen automotif atau penghasilan kereta elektrik.

Pertemuan diantara Menteri MITI, Datuk Darell Leiking dengan Menteri Perdagangan dan Industri Qatar, Ali Ahmed Al Kuwari serta Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Investment Authority, Mansoor Ebrahim al-Mahmoud di Davos, Switzerland pada 22 Januari lalu adalah berkenaan peluang pelaburan Qatar dalam projek kereta nasional ketiga.

Selain itu, Malaysia juga ingin memanfaatkan pelaburan Qatar dalam firma automotif global Volkswagen dan Audi.

Projek kereta nasional ketiga akan melebarkan jaringan sistem automotif, menerusi kesalinghubungan dengan maklumat pembangunan, supaya teknologi dan reka bentuk futuristik kenderaan ini menyuntik kelainan yang ketara, berbanding model sedia ada.

Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir mahu projek kereta nasional ketiga menjadi pemangkin yang menyemarakkan keupayaan teknologi, kejuruteraan dan perindustrian Malaysia. Oleh itu projek kereta nasional ketiga juga disasarkan dapat menembusi pasaran ASEAN dan menempatkan sebuah syarikat automotif Malaysia di persada dunia.

Leave a Reply