Input your search keywords and press Enter.

Dasar Baru Pasang Iklan Kenderaan – JPJ

M Update, 28/1/2019 – Isu pelaksanaan kelulusan pemasangan iklan pada badan kenderaan yang patut bermula 1 Januari baru ini telah ditangguhkan oleh JPJ kerana pihak industri dan syarikat memerlukan lebih masa untuk membuat permohonan dan mendapatkan kelulusan pemasangan iklan.  Oleh itu ia ditangguhkan buat sementara waktu dan akan memulakan semula pelaksanaannya pada 1 April ini.

Dasar dan cara pelaksanaan kelulusan pemasangan iklan pada badan kenderaan akan diteliti semula dan ketetapan baharu akan diumumkan sebelum 31 Mac ini.

PUSPAKOM telah membuat pemakluman kepada semua kenderaan yang terbabit dengan memaklumkan dalam Laporan PUSPAKOM pada bahagian Nota Penting termasuk memasang poster hebahan di premis PUSPAKOM meminta kenderaan yang memasang iklan perlu mendapatkan kelulusan daripada JPJ.

Memandangkan terdapat permintaan daripada pihak industri dan syarikat yang memerlukan lebihan masa, pelaksanaan dasar yang dirancang sebelum ini serta penguatkuasaan ditangguhkan serta-merta.

Apa-apapun kita tunggu dasar dan cara baru pemasangan iklan pada badan kenderaan yang akan dimaklumkan oleh pihak JPJ sebelum 31 Mac 2019 ini.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply