Input your search keywords and press Enter.

PLUS Buka Lorong Kecemasan!

M Update, 28/1/2019 – Sudah dapat bayangkan bagaimana keadaan trafik sempena cuti Tahun Baru Cina yang bakal kita hadapi. Ramai yang mengambil peluang bercuti untuk pulang ke kampung halaman tambahan pula cuti sekolah selama seminggu.

Bagi mengatasi hal ini, pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan membuka laluan kecemasan yang membabitkan dua lokasi kritikal di Lebuhraya Utara-Selatan.

Lokasi itu adalah dari Simpang Pulai hingga Gopeng (KM287-KM295.1) dan dari Slim River hingga Sungkai (dari KM367.6-KM360.5), kedua-duanya sepanjang tujuh kilometer.

Pembukaan lorong kecemasan ini bertujuan melancarkan sedikit perjalanan orang ramai itu dan ianya hanya dibuat selepas pihak PLUS dan polis membuat penilaian keselamatan di kedua-dua lokasi dan bukannya sepanjang masa.

Kepada semua pengguna jalanraya diharapkan memandu secara berhati-hati serta rancanglah perjalanan sebaiknya bagi mengelakkan kesesakan.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi bahagian Komunikasi Korporat PLUS di 03-7666 4630.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply