Input your search keywords and press Enter.

Terima Kasih PeKa B40

M Update, 28/1/2019 – Berita gembira buat semua penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berumur 50 tahun dan ke atas kerana bakal menikmati empat manfaat perkhidmatan kesihatan di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) yang akan dilaksanakan Mac ini.

PeKa B40 menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan, bantuan perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan.

PeKa B40 memberi penekanan kepada pengesanan penyakit awal tidak berjangkit kepada golongan B40 terutama apabila usia meningkat, sekali gus mengurangkan bebanan kos rawatan kumpulan berkenaan.

Penerima BSH berusia 50 tahun ke atas boleh menyemak kelayakan mereka di laman web PeKa B40 yang akan berfungsi sepenuhnya Mac ini, kemudian perlu ke klinik PeKa B40 berdekatan yang dikenal pasti melalui pelekat PeKa B40 dengan membawa MyKad.

Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan ketika lawatan pertama di klinik dan lawatan kedua adalah bagi keputusan makmal, seterusnya ke klinik kerajaan.

Peka B40 diwujudkan bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *