Input your search keywords and press Enter.

50% Bab Yang Terkandung Dalam RCEP Telah Dimuktamadkan.

Kuala Lumpur 030818 MITI Miniter YB Darell Leiking During SME 2017 Annual Report (pic by : Ismail Che Rus

RCEP merupakan perjanjian yang mendapat sokongan China dan ia melibatkan sepuluh negara ASEAN, serta China, jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India, iaitu enam negara Asia Pasifik. Dengan kerjasama semua negara yang terlibat dalam RCEP, perjanjian itu boleh dimuktamadkan pada tahun ini. Buat masa ini, lebih 50% daripada bab yang terkandung dalam rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah dimuktamadkan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking menyatakan “Ini perkara yang baik mengenai RCEP, kami sentiasa berunding kerana terdapat inovasi baharu dan isu baharu supaya kami dapat memasukkan terma-terma yang terbaik untuk setiap negara RCEP,”. Malah, masa yang panjang diperlukan bagi rundingan RCEP turut disebabkan standard perjanjian itu yang tinggi dan perjanjian itu mempunyai standard yang lebih tinggi berbanding perjanjian lain yang dimeterai sebelum ini,”

Negara-negara RCEP menyumbang kira-kira 45 peratus daripada penduduk dunia dan satu pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global.

Leave a Reply