Input your search keywords and press Enter.

Apa Itu Skim Kesihatan B40 (RM100)?

M Update, 30/1/2019 – Baru-baru ini kerajaan ada lancarkan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) yang akan dilaksanakan Mac ini. Fokusnya adalah supaya golongan B40 ini tampil ke depan bagi pengesanan awal penyakit, NCD dan kanser.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan secara umumnya, sebanyak 17.5 peratus rakyat negara ini menghidap penyakit kencing manis dan daripada jumlah itu kalangan B40 mewakili 23.5 peratus.

Bagi penyakit darah tinggi pula sebanyak 30 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit itu dengan 36 peratus daripada pesakit terdiri daripada golongan B40.

Peratusan tinggi dalam kalangan golongan B40 yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) mendorong kerajaan memperkenalkan skim perkhidmatan kesihatan khusus untuk golongan itu.

Skim dengan peruntukan permulaan sebanyak RM100 juta itu akan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan, bantuan perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply