Input your search keywords and press Enter.

BAGAIMANA JPA MENGURUS KESETIAAN KETIKA KERAJAAN BERTUKAR ?

Kesetiaan adalah salah satu sifat dan mesej besar dalam menilai tahap patriotisme dan cinta seseorang rakyat kepada negara. Manakala, institusi Kerajaan merupakan suatu elemen paling penting dalam sesebuah negara yang merdeka dan mengamalkan sistem demokratik berperlembagaan. Di samping itu pula, kakitangan Kerajaan adalah terikat dengan kesetiaan kepada Negara, Yang DiPertuan Agong dan Kerajaan semasa.

Di awal pentadbiran Kerajaan baharu, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri telah melakukan sedikit re-branding kepada konsep kesetiaan melalui slogan Kerajaan daripada ‘Yang menurut perintah’ kepada ‘Yang menjalankan Amanah’. Walaupun ianya kelihatan kecil tetapi ia penting untuk memastikan Kerajaan baharu ini dapat melahirkan suasana yang lebih sihat (good governance) dalam meneruskan kejayaan Negara pada masa hadapan.

Pada 9 Mei 2018, ketika Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, kakitangan awam berhadapan situasi tidak menentu kerana beberapa sebab.Inilah pertama kali berlaku dalam sejarah Kerajaan Persekutuan sejak 1957 bertukar. Ini menyebabkan suasana mod transitition kepda keseluruhan sistem Kerajaan Perseketuan ketika itu. Bukan mudah untuk kakitangan awam bertukar sistem atau method daripada sebuah Kerajaan yang sudah 61 tahun memerintah.

Pada masa itu, saya mendapati ramai orang awam kurang faham struktur Kerajaan. Secara ringkas, kakitangan awam terbahagi kepada beberapa kategori seperti kakitangan Tetap, Kontrak berdasarkan Kepakaran, Kontrak lantikan politik, Sambilan,Harian dan sebagainya. Agensi yang mengurus semua kakitangan ini ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan beberapa agensi lain Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan jabatan lain yang berkaitan.

Apabila berlaku pertukaran Kerajaan Persekutuan pada 9 Mei 2019, Kakitangan Tetap Kerajaan kekal di posisi masing-masing tanpa ada rusuhan atau niat mensabotaj Kerajaan baharu. Inilah satu kejayaan JPA dalam mengurus method pentadbiran Kerajaan yang mengutamakan Negara.

Sebenarnya hanya kakitangan kontrak lantikan politik sahaja yang mengosongkan pejabat, itupun kerana secara automatik mereka hilang kedudukan selepas hilangnya Kerajaan yang diperintah oleh parti politik mereka. Ini lumrah di mana-mana. Di USA, lebih kurang 80,000 kakitangan kontrak ditamatkan apabila Presiden Trump (Republikan) berjaya menewaskan Hillary Clinton dari parti Demokrat. Perkara yang sama berlaku di Turkey, Indonesia dan kebanyakan negara.

Pada pagi 10 Mei 2018, saya menghubungi seseorang yang sangat rapat dengan DS Najib ketika itu selepas kekalahan Kerajaan BN. Soalan saya mudah, apa perlu dibuat sekarang? Jawabnya dengan pantas, ‘buat kerja seperti biasa kepada negara dan beri sokongan kepada Kerajaan semasa’. Saya bertanya lagi, bagaimana boleh kalah?, ‘Ia takdir Allah SWT dan ikutlah ketentuan Allah SWT’.

Minggu-minggu pertama, pertemuan dengan para pegawai diadakan dan ucapan utama ialah meminta semua pegawai dan kakitangan awam memberikan kesetiaan kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan. Tidak ada arahan berpaling tadah, apatah lagi sabotaj kerajaan Baharu. Dengan penjelasan tersebut, maka pegawai-pegawai Kerajaan mempunyai way forward yang jelas di mana Kesetiaan kepada Negara, Yang Dipertuan Agong dan Kerajaan semasa perlu dikekalkan walaupun Kerajaan bertukar.

Sebab itulah, apabila media highlight isu kakitangan Kerajaan mensabotaj Kerajaan Baharu semasa awal kemenangan PH, saya yakin ianya suatu tanggapan silap dan terburu-buru. Kakitangan Tetap Kerajaan tidak pernah diajar untuk berpaling tadah atau sabotaj mana-mana Kerajaan. Malahan, modul Kerajaan dan Kenegaraan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah teruji ketika transisi Kerajaan Persekutuan pada 9 Mei 2018. Sebagai satu contoh, Pekeliling JPA di bawah peraturan 4(1) peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 sejak dahulu telah menekankan perkara asas seperti kesetiaan kepada YDA, negara dan Kerajaan semasa.

Di samping itu, ada beberapa kes boleh menjadi contoh. Saya pernah melihat seorang Menteri Kanan telah menulis minit dalam satu surat permohonan dengan perkataan ‘Diluluskan’. Namun begitu, apabila surat itu dipanjangkan kepada pegawai-pegawai yang berkenaan mereka mendapati mereka tidak boleh memenuhi surat itu walaupun mendapat kelulusan Menteri kanan ketika itu. Alasan mereka ialah Perlembagaan tidak membenarkan di mana pemohon masih tidak mencukupi syarat. Walaupun pegawai Melayu dan pemohon Melayu dan Menteri Kanan orang Melayu, namun begitu rule of law dan Perlembagaan Negara tidak dilanggari sesuka hati oleh pegawai-pegawai Kerajaan. Di sinilah boleh dilihat kejayaan JPA yang selama ini telah memberikan latihan, mendidik dan menyemai kakitangan awam dengan nilai integriti. Pegawai-pegawai Kerajaan adalah terlatih bukan setakat dalam isu pengurusan, pentadbiran kewangan, tetapi jua aspek kenegaraan seperti kesetiaan, patriotik dan nasionalisme.

Apabila YAB Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan di Langkawi baru-baru ini bahawa pegawai Kerajaan telah kembali pulih, ianya telah mengembalikan kekuatan dan semangat baru kepada kakitangan awam untuk terus bekerja membangunkan negara dengan gembira.

Dalam pada itu, ahli-ahli politik juga perlu memahami konsep pentadbiran negara dan kesetiaan kepada negara.
Penjawat awam kerja bussiness as usual, manakala ahli-ahli politik datang dan pergi.

Kesimpulannya, pemimpin-pemimpin politik dan rakyat tidak perlu gundah akan Kesetiaan kakitangan Kerajaan kerana agensi yang bertanggungjawab khususnya JPA sudah matang, berpengalaman dan terbukti berjaya mengurus penjawat awam dengan nilai-nilai Kesetiaan, patriotik dan Kenegaraan. Syabas JPA !

Leave a Reply