Input your search keywords and press Enter.

Dato’ Maharaja Lela

Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato? Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di Perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato? Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan menentang penglibatan British di Perak dengan membunug Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).

Dalam perjuangan ini beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung Gajah. Penglibatan Dato’ Maharaja Lela sebagai tokoh utama dalam pembunuhan J.W.W Birch adalah melaksanakan keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada 21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar atau wakilnya. Namun, perjuangan beliau didapati bersalah oleh mahkamah yang bersidang dari 14-22 Disember 1876. Beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877.

Faktor Penentangan

a) Mengambil Hak Mengutip Cukai

Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.

b) Mencabar Ketuanan Melayu

Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.

c) Memperkenalkan Cukai Baru

Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.

d) Mencabuli Adat Resam

Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya.

Leave a Reply