Input your search keywords and press Enter.

Diskaun Tol Sempena Tahun Baru Cina

M Update, 30/1/2019 – Inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua pengguna jalan raya yang akan bercuti sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba. Sebanyak 25 konsesi lebuh raya menawarkan diskaun tol antara 10 hingga 30 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 5 Februari ini.

Diskaun tol khusus untuk pengguna bagi kenderaan Kelas 1 yang berkuat kuasa dalam tempoh 24 jam bermula 12 tengah malam hingga 11.59 malam itu sejajar tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat konsesi terbabit.

Sebanyak 14 lebuh raya seperti Leburaya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan 2, Lebuhraya SMART, KESAS, LATAR dan Jambatan Pulau Pinang akan menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus.

Diskaun 15 peratus pula ditawarkan kepada pengguna lebuh raya AKLEH, LKSA, SILK, GUTHRIE, Lebuhraya KL – Putrajaya dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru.

Diskaun 30 peratus pula ditawarkan oleh tiga lebuh raya iaitu Lebuhraya Grand Saga, Lebuhraya DUKE dan Lebuhraya LDP. Sementara itu, Lebuhraya Baru Pantai dan Lebuhraya Sungai Besi menawarkan diskaun 20 peratus.

Apa-apa pun pengguna perlu bijak merancang perjalanan walaupun pada masa sama konsesi lebuh raya ada menyediakan jadual cadangan waktu perjalanan (TTA).

Berhati-hati ketika memandu. Jadilah pemandu yang berhemah.

Sumber : BH

Leave a Reply