Input your search keywords and press Enter.

Malaysia Tangga Ke-61 CPI

M Update, 30/1/2019 – Satu pencapaian yang membanggakan buat Malaysia kerana berjaya naik satu anak tangga menjadikannya berada di kedudukan ke 61 daripada 180 buah negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahunan  pada tahun 2018 berbanding di tangga yang ke 62 pada tahun 2017.

Malaysia berjaya mengekalkan skor 47 daripada 100 mata dalam tinjauan dilakukan CPI pada tahun lepas. Lagi membanggakan apabila di peringkat negara-negara Asean, Malaysia berada di kedudukan ketiga teratas selepas Singapura dan Brunei.

Malaysia mampu melonjak ke kedudukan lebih baik pada masa hadapan, jika kerajaan terus mengekalkan usaha memerangi rasuah dan menunaikan janji mereka.

Semalam, Malaysia telah melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 sebagai usaha komited ke arah negara bebas rasuah.

Sumber : Sinar harian

Leave a Reply