Input your search keywords and press Enter.

Panel RCI penyeludupan manusia dilantik bulan depan

M Update, 30/1/2019 – BARISAN panel yang akan menganggotai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kes penyeludupan manusia di Wang Kelian, Padang Besar, pada 2015 dijangka dilantik bulan depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini pihaknya belum mengetahui tarikh perlantikan panel RCI terbabit, namun pihaknya sudah bersedia menjadi urus setia dalam pendengaran.

“Kita tidak tahu tarikh sebenar (perlantikan) dan Menteri Dalam Negeri juga ada menyebut ahli yang dilantik akan ditentukan kerajaan kerana perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Beliau juga mengatakan bahawa sudah siap sedia dengan pegawai yang ditetapkan untuk menjadi urus setia RCI nanti.

Mohamad Fuzi berkata, penubuhan RCI berkenaan bukanlah disebabkan ada bukti baharu mengenai kes itu, namun ia ekoran permintaan banyak pihak yang masih tidak berpuas hati dengan hasil siasatan pihaknya sebelum ini. Oleh kerana itulah kerajaan mengambil keputusan untuk menubuhkan RCI bagi mencari jawapan dalam perkara ini.

Empat tahun lalu, ratusan kubur serta kem yang dipercayai menempatkan pelarian dari etnik Rohingya Myanmar ditemui di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar. Kawasan tersebut dikawal ketat oleh pihak keselamatan selepas isu kemanusiaan terbesar.

Selain itu, kerajaan juga mengambil langkah memansuhkan keistimewaan ‘free flow’ untuk rakyat Malaysia berulang-alik sejauh satu kilometer hingga kawasan Pasar Wang Prachan di kawasan Thailand berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Wang Kelian.

Sumber : BH Online

Leave a Reply