Input your search keywords and press Enter.

Perdana Menteri Bertegas, Tak Akan Letak Jawatan

M Update, 30/1/2019 – Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha hari ini bersumpah tidak akan meletak jawatan sebagai perdana menteri sambil menyatakan dengan jelas bahawa jika dia kembali sebagai Perdana Menteri. Ia akan melalui proses biasa dan sebagai calon dalam seanrai parti.

Keadaan sekarang jelas menunjuk Jeneral Prayut yang mendahului senarai Perdana Menteri parti pro-junta Phalang Pracharat. Tetapi pemimpin rampasan kuasa itu semalam mengatakan dia tidak dihubungi oleh mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, Prayut seolah-olah bertegas dengan pilihannya dan berkata “Saya sedang menunggu jemputan. Dan saya memerlukan masa untuk mengkaji cadangan dasar dan praktikal mereka. Jika saya menyertai mereka, saya perlu melihat dasar mereka”.

Beliau berkata beliau menjangka akan membuat keputusannya pada 8 Februari, tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memerlukan senarai calon Perdana Menteri. Prayut bertegas lagi bahawa dia tidak akan berputus asa untuk berusaha menajdi Perdana Menteri lagi dalam tepoh pilihan raya dan tidak akan kembali berkuasa sebagai ‘orang luar’.

“Jangan tekan saya sekarang,” kata Prayut. “Siapa yang akan jadi pemimpin jika saya berhenti? Saya akan tetap jadi Perdana Menteri tidak kira apa pun terjadi. Undang-undang tidak mengatakan saya perlu berhenti jadi Perdana Menteri pun. Saya boleh tunggu sehingga kerajaan baru ditubuhkan.

“Jika dia kembali sebagai Perdana Menteri, Prayut berkata,” Saya adalah orangnya yang perlu ada dalam senarai itu. Jika tidak, rakyat akan anggap saya seperti orang luar.

Sumber: Thai Nation

Leave a Reply