Input your search keywords and press Enter.

Boleh Buat ‘Video Call’ Dalam Penjara

M Update, 31/1/2019 – Banduan Itali dibenarkan untuk berhubung dengan ahli keluarga menerusi panggilan video Skype maksimum enam kali setiap bulan, menurut Kementerian Keadilan negara itu, semalam.

“Lebih mudah untuk banduan berhubung dengan anak, ibu bapa atau pasangan, ketika ditahan dan pertemuan di penjara akan dihadkan,” menurut kenyataan kementerian itu.

Semua panggilan akan dipantau pegawai penjara, mereka akan melihat sendiri apa yang dilihat banduan dan boleh memotong panggilan serta merta, jika banduan atau ahli keluarga mereka bertindak di luar kebenaran, katanya.

Kementerian itu berkata, panggilan Skype bukan sahaja tertakluk kepada pemeriksaan sama dengan lawatan biasa. Pengguna perlu menyediakan alamat dan sijil pengesahan bahawa akaun itu milik mereka.

Peluang menggunakan Skype sedang diperluaskan ke seluruh negara itu, selepas beberapa ujian. Difahamkan, ratusan penjara di Amerika Syarikat (AS) sudah melaksanakan program lawatan video.

Sumber: Berita Harian, AFP

Leave a Reply