Input your search keywords and press Enter.

Perang Dunia Ketiga Bakal Tercetus-Pakar

M Update, 31/1/2019 – Syria dan Israel sedang bersedia jika berlaku peperangan rentetan daripada menghalang serang balas Pasukan Pertahanan Israel (IDF) minggu lalu, menurut pakar.  

Tindak balas IDF datang selepas peluru berpandu dihalakan dari Syria ke Golan Heights. Dalam serangan balas, Israel melancarkan serangan ke pengkalan tentera berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik, stor simpanan senjata, tapak perisikan Iran dan juga kem latihan tentera Iran.

Dalam mengubah strategi kebelakangan ini, Israel mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan itu selepas bertahun-tahun gagal menuntut tanggungjawab terhadap serangan peluru berpandu menentang Iran dan kedudukan Hizbollah.

Pengulas Timur Tengah Osama Al-Sharif berhujah bahawa Israel mengakui serangan yang berat itu membawa kepada konflik besar kepada kedua-dua buah negara.

“Kebangkitan kedua belah pihak telah menimbulkan peluang untuk berkonfrontasi ke peringkat lebih tinggi sejak 2006, ketika Israel dan Hizbollah dalam perang berdarah.

“Keadaan geopolitik telah berubah secara drastik, dengan dakwaan bahawa senjata peluru berpandu Hizbollah kini boleh menimbulkan ancaman kepada Israel. Apa yang berlaku di Syria adalah masalah besar dan boleh menjadi lebih buruk”

Ketika Al-Sharif menyimpulkan keadaan ini, ianya bukan sekadar memberi amaran kepada rejim Iran dan Syria tetapi juga kepada penyokong kuat mereka, Rusia.

Walaupun Rusia dan Amerika ingin mengelakkan konflik lain jik boleh di Timur Tengah, kedua-dua negara itu mungkin tidak dapat menghalang Israel dan Syria berperang. Al-Sharif menambah keupayaan Rusia mampu untuk menghalang permusuhan Israel dan Syria sementara ia tidak mempunyai peluang untuk menyekat serangan Iran.

Kehadiran Iran digabungkan dengan bahaya Hizbollah, bahaya kepada Israel dan sebagai pemimpin Hizbollah, Hassan NAsrallah memberi amaran kepada Israel bahawa sebarang serangan akan membawa kepada peperangan.

Sumber: Express.Co.Uk

Leave a Reply