Input your search keywords and press Enter.

PLUS tawar diskaun tol 10 peratus

M Update, 31/1/2019 – PENGGUNA Kelas 1 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan menikmati diskaun tol 10 peratus Selasa ini sempena Tahun Baharu Cina.

PLUS dalam kenyataan hari ini berkata, pemberian diskaun itu berkuat kuasa dari 12 tengah malam hingga 11.59 malam Selasa.

“Diskaun ini diberi kepada pengguna Kelas 1 ketika membayar atau melakukan transaksi bayaran tol di PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan; Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE); Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH).

“Selain itu Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE); Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua); Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); Jambatan Pulau Pinang dan LPT2.

“Bagaimanapun, diskaun itu tidak diberikan untuk transaksi tol di Plaza Tol Tanjung Kupang dan pengguna jalan raya di Jambatan Pulau Pinang yang sudah menikmati diskaun tol 20 peratus,” kata kenyataan itu. – HM Online

Leave a Reply