Input your search keywords and press Enter.

Unifi Serendah RM19

Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan pelan data mudah alih yang lebih rendah dan jimat bagi jenama Unifi terbarunya iaitu untuk internet 2GB (1GB LTE + 1GB 3G) pada harga RM19 sahaja. Pelan unifi Mobile RM19 ini dilengkapi dengan 5 minit masa panggilan dan 25 khitmad pesanan ringkas (SMS).

Antara pelan lain yang ditawarkan kini adalah unifi Mobile 29 dan unifi Mobile 39 yang menawarkan 3GB (2GB LTE + 1GB 3G) dan 5GB (4GB LTE + 1GB 3G) masing-masing berserta 50 minit masa panggilan dan 25 SMS. Selain itu, bagi yang inginkan data sebanyak 10GB, boleh melanggan pelan Unifi Mobile 59 yang didatangkan dengan 9GB LTE + 1GB 3G, 100 minit masa panggilan dan 25 SMS.

Pelan khusus ini akan memastikan semua peringkat mempunyai pelan yang tepat bagi memenuhi keperluan pengguna agar tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit.

Sumber – Utusan Online

Leave a Reply