Input your search keywords and press Enter.

Penangan Pujaan Hati Kanda

M Update, 1/2/2019 – Drama bersiri Pujaan Hati Kanda yang ditayangkan di slot Akasia, TV3 mencatat 12 juta tontonan sepanjang 28 episod yang berakhir siarannya pada Isnin lalu.

Drama lakonan hebat Remy Ishak dan Mira Filzah itu turut mencipta sejarah apabila meraih jumlah tontonan tertinggi di YouTube TV3 Malaysia iaitu melebihi 30 juta tontonan.

Kejayaan buat drama itu juga apabila episod akhir ditonton lima juta penonton.

Drama ini bukan saja tular sebab Kanda Danny (Remy), tetapi watak antagonis Pali dan Kak Su hingga mendapat kecaman netizen di laman sosial. Semua watak di dalam drama ini mempunyai peranan tersendiri yang turut membantu ia diterima baik oleh orang ramai.

“Terima kasih kami ucapkan buat penonton setia yang sentiasa memberi sokongan terhadap drama Melayu di TV3. Sokongan anda menjadi pemangkin buat kami untuk sentiasa berusaha membawakan pelbagai lagi drama dan program menarik untuk tontonan anda,” – Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Siti Nurlisia Mohd Nadzri

Watak Remy yang dipanggil Kanda Danny hangat diperkatakan sejak ia mula ditayangkan bulan lalu.

Selain itu, penangan Mira Filzah yang bergambar di sebuah pondok bas di Kampung Ayer Paabas, Alor Gajah, Melaka mendapat perhatian pihak Tourism Melaka dengan kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah apabila mengambil inisiatif mencantikkan pondok bas itu.

Selain Remy dan Mira, drama adaptasi novel daripada judul sama itu turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Syazwan Zulkifly, Reen Rahim, Azar Azmi, Sarah Hildebrand, Aidil Aziz, Aida Khalida, Dian P Ramlee dan ramai lagi.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply