Input your search keywords and press Enter.

Rakyat Palestin Dibunuh Lagi

M Update, 4/2/2019 – Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) mendedahkan  Israel telah membunuh tiga rakyat Palestin di Tebing Barat selain memusnahkan 20 bangunan milik Palestin di timur Baitulmaqdis sepanjang bulan lalu.

Menurut OCHA, tiga yang maut termasuk seorang kanak-kanak, ditembak dalam tiga insiden berasingan di Tebing Barat.

Ini menjadikan angka keseluruhan yang maut ditangan tentera Zionis di Tebing Barat meningkat kepada 11 orang sejak awal Disember 2018.

OCHA berkata, tindakan Israel merobohkan bangunan milik Palestin di timur Baitulmaqdis mengakibatkan 26 orang awam hilang tempat perlindungan manakala 56 yang lain turut terjejas.

Kesemua tindakan zalim itu dilakukan kononnya bangunan-bangunan tersebut tidak memiliki permit.

Sumber: Air Times

Leave a Reply