Input your search keywords and press Enter.

Buang Janin Bayi di Presint 18, Putrajaya

M Update, 7/2/2019 – Seorang pekerja pembersihan terkejut selepas menemukan satu janin bayi dalam lori sampah Alam Flora di Presint 8, di sini pagi tadi.

Kejadian pada pukul 9.25 pagi itu berlaku ketika pekerja wanita kontraktor pembersihan Alam Flora sedang membersihkan rumah sampah di Blok D, Apartment P18.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika dihubungi berkata, janin bayi itu dipercayai berusia lingkungan lapan bulan dan sudah cukup sifat.

“Pekerja pembersihan itu menemukan janin berkenaan di dalam lori sampah Alam Flora ketika membersihkan rumah sampah apartment tersebut.

“Kejadian tersebut kemudian dimakmumkan kepada polis kira-kira pukul 9.27 pagi dan janin tersebut di bawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan individu terlibat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sumber: Utusan Online, Ery Eryeiza

Leave a Reply