Input your search keywords and press Enter.

Peluang Teroka Pasaran Jepun

Sumber Daripada Facebook Page Ringgit & Sen

Syarikatbsumber MAnusia berasaskan teknologi (Grooves) menerima pelaburan berjumlah AS$920,000 (RM3.78 juta) dari Dana Etika PNB-INSPiRE (PIEF) sebagai usaha untuk menghubungkan bakat di Malaysia dan ASEAN bagi peluang pekerjaan di Jepun. Menerusi pelaburan strategik yang diterima itu, Grooves dapat mengembangkan perkhidmatan globalnya untuk pasaran ASEAN yang akan dimulakan di Malaysia.

Grooves bukanlah satu-satunya penghubung kepada bakat Malaysia untuk menembusi pasaran pekerjaan di Jepun, malah ideanya adalah untuk memberikan lebih pendedahan kepada bakat tempatan bagi mendalami ekosistem perniagaan Jepun dan membawa pulang pengetahuan dan pengalaman ke negara masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Grooves Inc, Yukihiro Ikemi, berkata Malaysia dipilih sebagai ibu pejabat kerana syarikat berkenaan melihat banyak potensi bakat di negara ini serta yakin ia akan menjadi permulaan yang baik sebelum menembusi pasaran lain. Selain itu, Groove mahu menyediakan peluang bagi kedua-dua negara untuk bertukar budaya kerja dan juga kemahiran yang dimiliki.

Leave a Reply