Input your search keywords and press Enter.

Kapal Ditahan Berlabuh Tanpa Kebenaran

M Update, 8/2/2019 – Dalam Op Khas Pagar Laut 1/2019 yang telah bermula pada 26 Januari lalu sempena perayaan Tahun Baru Cina, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tg. Sedili (ZMTS) telah menahan sebuah kapal tangki pada kedudukan kurang 1.8 batu nautika tenggara Tanjung Ayam di Perairan Pengerang.

Kapal tersebut ditahan setelah pemeriksaan mendapati anak kapalnya gagal mengemukakan kebenaran bersauh daripada pihak Pengarah Laut Malaysia.

Kapal tangki berdaftar di Port Kelang itu dikendalikan sembilan kru termasuk nakhoda berumur lingkungan 26 hingga 66 tahun dan kesemua mereka warganegara Indonesia.

Kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 Seksyen 491B(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran. Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Seorang kru kapal tangki tersebut dibawa ke pejabat ZMTS untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply