Input your search keywords and press Enter.

Mohon 47 Rakyat Malaysia Dibebaskan

M Update, 8/2/2019 – Berhubung penahanan 47 rakyat Malaysia di Poi Pet, Bantey Meanchey, Kemboja sejak 11 Disember 2018 yang lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh telah pun mengemukakan Nota Diplomatik kepada Kementerian Luar Kemboja memohon supaya tahanan warga Malaysia tersebut dibebaskan.

Pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh sudah mengadakan lawatan konsular ke atas tahanan berkenaan selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Lawatan bertujuan memastikan kebajikan tahanan terpelihara. Pegawai Kedutaan Besar turut mengadakan pertemuan dengan pegawai penjara dan hakim yang mengendalikan kes itu.

Tahanan menyatakan bahawa mereka ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan di sana. Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh sedang memantau perkembangan kes itu dengan rapi dan bersedia menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply