Input your search keywords and press Enter.

Pelekat ada ayat al-Quran??

M Update, 8/2/2019 – KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) sudah melakukan pemeriksaan dan mendapatkan keterangan daripada pengurus gudang rangkaian kedai MR DIY berhubung insiden produk pelekat bercorak kaki yang didakwa mempunyai beberapa kalimah suci al-Quran dan nama nabi.

Pemeriksaan yang dijalankan semalam di seluruh rangkaian kedai MR DIY di Selangor dan beberapa negeri lain itu turut mendapat kerjasama Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). KDN menyita 32 produk berkenaan bagi membantu siasatan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, pihak kami mendapati produk berkenaan adalah pelekat dengan pelbagai corak termasuk yang berbentuk tapak kaki. Tidak semua pelekat berkenaan mempunyai tulisan kalimah suci. Ada juga pelekat yang mempunyai separuh ayat suci sahaja. Bagaimanapun, tidak semua rangkaian kedai berkenaan menjual produk terbabit, dan daripada semua premis yang kami periksa, hanya dua premis sahaja yang didapati menjual pelekat itu.

Hasil soal siasat mendapati produk itu adalah buatan negara China dan bukannya produk keluaran MR DIY sendiri. Pengurus gudang mendakwa tidak tahu mengenai kalimah yang terdapat pada pelekat berkenaan dan akan meminta semua premis di Semenanjung untuk menghantar pulang produk ke ibu pejabat mereka di Balakong.

“Dia meminta maaf atas perkara itu dan berjanji akan mengumpulkan semua pelekat itu dari semua premis di Semenanjung dan meminta kami untuk ke ibu pejabat mereka pada 14 Februari depan untuk pemeriksaan seterusnya,” katanya. Sejak beberapa hari lalu, tular di laman sosial satu rakaman yang memaparkan pelekat berbentuk kaki dengan tulisan seperti tulisan Arab didakwa kalimah suci al-Quran yang dibeli di kedai MR DIY.

Sumber : HM Online Gambar: Mediamaklumat.com

Leave a Reply