Input your search keywords and press Enter.

Yahudi Ganggu Kanak-Kanak Palestin ke Sekolah

M Update, 11/2/2019 – Penduduk Palestin di bandar Hebron terpaksa menemani anak ke sekolah, semalam, untuk melindungi anak mereka daripada pendatang Yahudi, susulan pengunduran pasukan pemerhati antarabangsa.

Bulan lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan beliau tidak akan melanjutkan Kehadiran Antarabangsa Sementara di Hebron (TIPH) kerana ia erat sebelah. Misi itu meninggalkan wilayah Tebing Barat yang dijajah itu, 31 Januari lalu.

Pasukan itu ditubuhkan selepas insiden pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin pada 1994 dan pihak berkuasa Palestin memberi amaran bahawa pengunduran pemantau antarabangsa itu akan meningkatkan penderaan oleh pendatang Yahudi di bandar terbabit.

Penduduk Palestin daripada Beliau Penentang Penempatan Haram menemani kanak-kanak ke sekolah dengan memakai jaket tertulis perkataan ‘pemantau’ dalam bahawa Inggeris, Arab dan Hebrew.

“Hari ini kami memulakan kempen tempatan merekodkan salah laku terhadap kanak-kanak ke sekolah di kawasan ini yang mempunyai ramai pendatang haram Yahudi dan tentera penjajah Zionis.

“Kami tidak akan menggantikan pemerhati antarabangsa, tetapi akan melakukan yang termampu memastikan kanak-kanak dapat ke sekolah,” kata wakil pertubuhan itu, Issa Amro.

Menurut wartawan pertengkaran kecil berlaku dengan pendatang haram Yahudi, penduduk Palestin dan tentera, ketika kanak-kanak berjalan ke sekolah.

Sumber: Berita Harian, AFP

Leave a Reply