Input your search keywords and press Enter.

Negara Matahari Terbit Yakin Untuk Melabur di Malaysia.

Sumber Infografik FB Page Ringgit & Sen

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyatakan bahawa pelabur Jepun kini kembali yakin untuk melabur di Malaysia berikutan kedudukan ekonomi negara yang semakin mengukuh dan memberangsangkan. Faktor keyakinan itu adalah berdasarkan kemampuan Malaysia dalam menangani isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kata Menteri Kewangan Malaysia itu lagi sebelum ini mereka tidak berani untuk berbuat demikian kerana bimbangkan skandal 1MDB.

Pada masa yang sama Malaysia turut mengharapkan pelaburan daripada negara-negara lain termasuk China yang merupakan penyumbang pelaburan terbesar negara sebanyak 32%. Selain itu, pembangunan ekonomi negara dijangka lebih cerah pada tahun ini berdasarkan indeks pengeluaran industri yang meningkat sebanyak 3.1% pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya. Ini adalah satu petunjuk yang menggalakkan. Ini berikutan pengumuman bahawa (nilai) eksport tahun ini mencatat rekod iaitu hampir RM1 trilion dan lebihan dagangan turut naik 22% kepada RM120 bilion daripada RM98 bilion.

Leave a Reply