Input your search keywords and press Enter.

Selamat Datang Jupiter One

M Update, 12/2/2019 – Makin tidak sabar rasanya menanti kehadiran Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) yang akan berlangsung pada 26 hingga 30 Mac 2019 ini.

Sehingga kini, sebanyak 173 syarikat antarabangsa dan 181 syarikat tempatan telah mengesahkan penyertaan. Pasukan aerobatik Jupiter One Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) turut tidak terlepas mengesahkan beraksi pada LIMA’19 nanti.

LIMA’19 akan menampilkan pesawat SU-30 MKM dan F/A-18D milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat Tejas milik Tentera Udara India dan penerbangan lintas pesawat pengebom B-52 Tentera Udara AS.

Pengisian LIMA’19 yang yang disasarkan penganjur adalah merangkumi sebanyak 60 peratus pameran pertahanan dan baki 40 peratus adalah untuk syarikat komersial.

Sebanyak 31 negara telah mengesahkan penyertaan dengan 12 negara membuat penyertaan secara berkumpulan atau pavilion negara iaitu Australia, Belarus, China, Perancis, Jerman, Jepun, Rusia, Slovakia, Turki, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply