Input your search keywords and press Enter.

Setelah 6 tahun..

M Update, 12/2/2019 – Pembinaan sekolah di Taman Pelangi, dekat Semenyih yang tertangguh lebih enam tahun siap 19 Oktober 2020.

Pembangunan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Taman Pelangi berkeluasan 4.05 hektar dengan skop projek mengandungi 24 bilik darjah itu bakal dilengkapi teknologi hijau.

Pembinaan projek bernilai RM20.7 juta itu turut dijangka mampu disiapkan lebih awal daripada jadual asal seperti kejayaan yang pernah ditempa dalam pembangunan sekolah di Putrajaya sebelum ini.

Kejayaan projek ini hasil perjuangan Persatuan Penduduk Taman Pelangi, Semenyih sejak 2012 yang hanya berjaya direalisasikan selepas Pakatan Harapan mengambil alih dan meluluskan pembinaannya pada Oktober, tahun lalu.

Sekolah ini mampu memuatkan lebih 700 murid, justeru berupaya menyuraikan isu kesesakan dihadapi di sekolah lain, iaitu dekat Bandar Rinching dan Bandar Tasik Kesuma.

Punca projek terbabit terbengkalai kerana wujud kelewatan proses di Unit Perancang Ekonomi (EPU), sekali gus merencatkan perjalanan pembinaan sekolah berkenaan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply