Input your search keywords and press Enter.

Kekalahan Pertama Manchester United

13 Febuari 2019 – Menyaksikan pusingan ke-16 kalah mati diantara dua kelab gergasi England dan Perancis iaitu Manchester United menentang Paris Saint-Germain(PSG) yang diadakan di Old Trafford London. Perlawanan diantara dua kelab gergasi ini menjadi sebutan hangat apabila pemain utama PSG iaitu Neymar Jr. dan Edison Cavani tidak dapat bersama-sama rakan seperjuangan bersaing dalam menentang Man Utd akibat kecederaan yang dialami pada minggu lalu.

Namun, pengurus pasukan PSG Thomas Tuchel tidak melepaskan peluang bermain di tempat lawan apabila berjaya menumpaskan pasukan Manchester United (2 – 0). Kekalahan ini merupakan kekalahan pertama bagi pasukan Manchester United dibawah pengurusan Ole Gunnar Solskjaer. Pada separuh masa pertama perlawan diantara kedua-dua pasukan Nampak seimbang akan tetapi perlawan diseparuh masa kedua menunjukkan bahawa pasukan PSG berjaya menguasai perlawanan selepas dua pemain utama Manchester United iaitu Jesse Lingard dan Anthony Martial terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.

Jaringan pertama pasukan PSG dilakukan oleh P. Kimpembe pada minit ke-53 diikuti jaringan kedua yang dilakukan oleh Kylian Mbappe pada minit ke-60 sekaligus telah memberi kelebihan kepada pasukan PSG kerana berjaya menjaringkan dua goal di tempat lawan. Pada minit-minit terakhir Paul Pogba dilayangkan kad kuning kedua dan beliau diarahkan keluar padang selepas menerima kad merah sekaligus memadam hasrat beliau untuk bermain menentang pasukan PSG pada pusingan kedua di Perancis. Layangan kad kuning itu menjadi kontroversi kerana ia sepatutnya tidak dilayangkan kepada pemain tersebut.

Leave a Reply