Input your search keywords and press Enter.

Perairan Melaka Selamat dan Terkawal

M Update, 13/2/2019 – Lawatan kerja keselamatan kawasan maritim Melaka yang pertama telah diadakan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari sejak menerajui tampuk pemerintahan negeri pada tahun lepas.

Lawatan yang didakan semalam bermula di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan berakhir Komplek Imigresen, Kastam, Kuarantin dan keselamatan (ICQS) Melaka.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat tahap keselamatan di pesisiran pantai Melaka dan perairan Selat Melaka yang mempunyai jarak sepanjang 78 kilometer bermula dari Muara Sungai Kuala Linggi hingga Sungai Kesang Jasin.

Kawasan maritim Melaka merupakan sumber strategik dari segi geografi dan terdapat pelbagai aktiviti seperti perkapalan, pembangunan persisiran pantai, lanskap ekonomi, sumber protein, rekreasi, minyak dan gas serta pelancongan yang beroperasi di situ.

Keselamatan kawasan maritim juga merupakan tanggungjawab dan peranan agensi keselamatan dalam menentukan keamanan dan kesejahteraan perairan terjamin.

“Berdasarkan taklimat yang diberi oleh agensi keselamatan, keadaan di kawasan maritim adalah selamat dan terkawal dan rondaan dilakukan secara berkala dengan kerap melalui pendekatan “show of presence” dan penguatkuasaan undang-undang,”- KM Melaka, Adly Zahari

Sumber: Malaysia Aktif

Leave a Reply