Input your search keywords and press Enter.

Tun Razak Exchange Terima RM2.15 Bilion

Projek pembangunan The Exchange TRX yang merupakan usaha sama antara syarikat hartanah dan infrastruktur Australia, Lendlease dan TRX City Sdn. Bhd. (TRX City) menerima kemudahan pembiayaan bernilai RM2.15 bi­lion daripada empat bank utama iaitu Hong Kong and Shanghai Banking Corp. (HSBC), Standard Chartered Bank, Sumitomo Mitsui Banking Corp. (SMBC) and Malayan Banking Bhd. (Maybank).

Pelaburan oleh Lendlease beserta komitmen yang diberikan oleh bank-bank global berkenaan mencerminkan keyakinan komuniti kewangan dan perniagaan antarabangsa terhadap projek pembangunan tersebut. Ia merupakan projek global utama Lendlease dengan kerjasama TRX City ekoran itu, kepakaran tempatan dan antarabangsa amat diperlukan bagi merialisasikannya.

Projek yang sebelum ini dikenali sebagai Lifestyle Quarter merupakan pusat tumpuan bagi projek pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) seluas 28.32 hektar.bPembangunan usaha sama The Exchange TRX seluas 6.9 hektar itu pula akan merangkumi sebuah hotel, sebuah pejabat gred A, pangsapuri kediaman, ruang runcit dan riadah yang diintegrasikan dengan taman dalam bandar seluas 4.04 hektar.

Selain itu, The Exchange TRX mempunyai semua komponen untuk meningkatkan tahap pem­­bangunan TRX yang lebih meluas dan ia akan mengukuh­kan kedudukan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa terkemuka dengan mewujudkan persekitaran perniagaan yang terangkum dan lancar. Nilai penyelesaian keseluruhan pembangunan TRX dianggarkan melebihi RM40 bilion manakala The Exchange TRX dijangka memiliki nilai me­lebihi RM9 bilion

Sumber – Utusan

Leave a Reply