Input your search keywords and press Enter.

JPJ nafi tambah kamera AWAS

M Update, 15/2019 – JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan maklumat tular di media sosial mengenai pemasangan Kamera Automated Enforcement System (AES) atau dikenali sebagai Kamera Automated Awareness System (AWAS) yang baru di beberapa lokasi Lebuhraya PLUS.

Ibu Pejabat JPJ dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan tiada pemasangan kamera baru dalam jangka masa terdekat seperti yang didakwa.

“JPJ ingin menegaskan tiada pemasangan kamera baru dalam jangka masa terdekat seperti yang didakwa. Sehingga kini, jumlah kamera AWAS yang dipasang adalah sebanyak 45 lokasi di seluruh negara membabitkan kesalahan melebihi had laju dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dan menyebarkan maklumat tidak benar sebelum mendapatkan kesahihan daripada sumber betul. Sebarang maklumat berkaitan lokasi kamera AWAS dikenal kini di laman web, www.jpj.gov.my,” katanya.

Baru-baru ini, satu status dimuat naik ke media sosial yang mendakwa lebih 20 lokasi akan dipasang dengan kamera AWAS di seluruh Semenanjung.

Sumber : HM Online

Leave a Reply