Input your search keywords and press Enter.

Operasi Perjalanan Feri Dibatalkan Satu Waktu

M Update, 15/2/2019 – JADUAL waktu perjalanan feri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi pada pagi 21 hingga 23 Februari ini dibatalkan berikutan paras air laut cetek.

Jurucakap pengurusan jadual pengangkutan Langkawi Ferry Liner Ventures Sdn Bhd berkata, pembatalan perjalanan pengangkutan utama ke pulau lagenda itu hanya membabitkan satu waktu sahaja.

“Bagi perjalanan dari jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi, waktu perjalanan yang dibatalkan adalah jam 8.30 pagi pada 21 Februari serta 9.30 pagi pada 22 dan 23 Februari ini.

“Bagi perjalanan dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis, semua perjalanan feri jam 7.30 pagi dibatalkan dalam tempoh tiga hari berkenaan.

“Bagaimanapun, waktu perjalanan selain dari waktu yang diumumkan masih diteruskan seperti biasa dan sekiranya ada penambahan waktu jadual perjalanan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya Pihaknya juga memohon maaf atas pembatalan jadual perjalanan yang dibuat.

“Pembatalan ini dibuat selepas pihak pengurusan menerima maklumat berhubung paras air laut dari Jabatan Laut Malaysia dan kami memohon maaf atas kesulitan ini. Namun perubahan waktu ini juga dibuat demi mengekalkan keselesaan penumpang bagi mengelakkan kerumitan di kemudian hari,” katanya.

Sumber : HM Online

Leave a Reply