Input your search keywords and press Enter.

Tetap Tutup Walau DiBantah

M Update, 18/2/2019 – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menegaskan keputusan untuk menutup Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) akan diteruskan bermula 15 Mac ini walaupun dibantah peniaga kawasan itu.

Hasil penutupan jalan sepanjang kira-kira 800 meter bermula dari Kompleks Beli-Belah Sogo, Jalan Esfahan hingga Jalan Melayu akan dinilai dalam tempoh dua minggu. Jika ia berjaya menjadikannya kawasan bebas kenderaan, ia akan diperindahkan dengan infrastruktur dan lanskap untuk keselesaan pengunjung seperti tempat duduk, kafe dan air pancut.

Laluan siar kaki juga sudah dilebarkan hasil projek Sungai Nadi Kehidupan, manakala hanya bas dibenarkan memasuki kawasan tersebut sejam sekali. Dalam dua atau tiga tahun lagi, ia akan ditutup sepenuhnya kerana sudah banyak pengangkutan awam seperti monorel dan LRT ada di sekitar kawasan tersebut.

Waktu penutupan jalan itu mungkin dipertimbangkan bagi tempoh tertentu sahaja atau sepanjang masa sekiranya diperlukan.

Pihaknya akan bertemu semua pihak berkepentingan Selasa ini untuk berbincang mengenai Bazar Ramadan di Jalan Masjid India. Jika penutupan berjaya, Bazar Ramadan akan dipindah atau dipecahkan ke sebahagian Jalan Masjid India dan sebahagian lagi di Jalan TAR.

Ia bagi memberikan ruang yang lebih tanpa mengganggu kedai sedia ada, sekaligus gerai tidak menghalang kedai-kedai berkenaan. Persoalan bazar di Jalan Masjid India memang perlu ditangani selain kesesakan dan halangan kepada kedai-kedai yang menyewa di situ serta isu penguasaan tapak bazar yang berlanjutan berpuluh tahun yang sukar dikawal.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply