Input your search keywords and press Enter.

Polis Perlu Ke Sekolah

M Update, 19/2/2019 – KPM meletak sasaran pihak polis atau pegawai perhubungan PDRM  mengunjungi dan memantau aktiviti persekolahan sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

Ssaran itu bagi sesi Permuafakatan Kementerian Pendidikan dan PDRM bagi program Jom Kembali Ke Sekolah.

Program berterusan itu secara tidak langsung dapat menangani masalah disiplin murid dan mengurangkan kadar keciciran.

Pihak polis atau pegawai perhubungan awam daripada PDRM tidak semestinya hadir ketika perhimpunan saja, tetapi juga pada mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau bertemu dengan murid dan guru besar secara dekat.

Program ini berjaya membantu pihak sekolah untuk menangani masalah disiplin namun bagi memastikan program berkenaan dapat diteruskan, kementerian merancang menempatkan papan kenyataan khas untuk pihak polis berkongsi maklumat penting.

Ia bukan saja dapat memberi maklumat kepada murid, tetapi juga pengetahuan kepada ibu bapa yang berkunjung ke sekolah.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply